Tuesday, June 26, 2012

Birthday Pavlova Untuk Alisya.

Assalamualaikum wbt.

Segalanya bermula bila saya hantar komen dekat entry Feedback dari Bloggers yang diteguri.


Tak sangka pulak Eyriqazz nak terima. Terkejut mak nak..!! ;P

Lepas tu Eyriqazz siap keluarkan satu entry pasal tawaran saya. Pavlova : An Offer that I Can't Refuse.  Memang betul-betul tawaran yang menggiurkan. Sapa tolak memang la rugi. :)


Lepas berbalas email, maka persetujuan pun dicapai. ~amboi... macam besar je projek~ ;P

Maka hari Ahad lepas, saya pun hantar Pavlova dekat rumah Eyriqazz. Dekat je rumah dia dengan saya. Satu jalan. Tu jugak antara sebab saya berani sponsor. Kalau jauh memang tak dapek den nak ngantor. :)

Masa Eyriqazz hantar gambar contoh. Dia bagi gambar Pavlova satu layer yang harga RM45. Dalam hati saya dah kata, 'mana cukup nak bagi orang makan pavlova 9 inc ni....!'

Jadi saya pun upkan saiz bagi besar. Baru best nak bagi orang makan. Makanya terhasil lah Pavlova dua lapis dengan size 10.5 inci. 













Amacam... amacamm.. amacaaaammm..!! 

Terliur tak tengok gambar ni. ~ memang baek punya promote ni. gambar banyak. haha.~

Saya up satu entry saja.. Eyriqazz sampai tiga entry dia up pasal pavlova. Memang terbaek bro..!! 


Tenkiu... tenkiu.. syukran..!!

Maklum balas dari Eyriqazz :

---> First time makan pavlova ni. Memang sedap giler! (wt balik umh sket td) Lain kali nak order la ngan ye. :) ~ ni bahasa campur ghanu skek~ :) - Forward dari adik Eyriqazz.

First time cuba. Serius sangat sedap walaupun agak manis. Buah-buahannya menambahkan seri dan kesedapan. Rasa tak puas je makan. Memang hott, sekejap je dah habis. Tuan rumah pun tak sempat menambah. Hik3..... Kena order lagi lepas ni rasanya..Barula ble makan sepuas hati...Hik3... 

Pertama kali try Pavlova. Serius sangat sedap. Rasa macam aiskrim pun ada, rasa macam kek, buah, gabungannya memang nyaman dan sedap. Cuma agak manis sedikit.... Rasa nak tempah lagi laa lepas ni...wifey dah siap wish utk birthday bulan 7 nanti.. 

Ada jugak komen maklum balas dari beberapa blogger yang datang masa majlis Alisya. Kak Ina KL, Sumijelly dan Matjoe. Semua kata sedap.

Terima kasih pada semua yang memberi maklumbalas yang baik.

Buat Alisya... maaf ya. aunty tak masuk pun rumah jengah awak. Aunty ada order nak siapkan lagi lepas hantar pavlova awak. Petang tu lepas selesai hantar tempahan yang terakhir, terus pengsan. Tiga hari tak tidur sebab tempahan punya pasal. Letak je kepala terus tak sedarkan diri. Sampai la hari ni baru sempat nak keluarkan entry terbaru. 

Untuk Eyriqazz dan Azwa.. Terima kasih kerana memberi peluang untuk saya sponsor pavlova sempena birthday Alisya. Lain kali boleh kerjasama lagi.

 Meminjam kata-kata Eyriqazz

 P.s : Mahu ditegur? Make me an offer that I can't refuse....

Saya ubah satu perkataan.



Mahu disponsor? Make me an offer that I can't refuse... :))






18 comments:

Puan Eka said...

kak sumi jelly,upload gambar pavlova ni kat fb,dah eka pulak mengidam.sedap sangat katanya..
ehehehe..

insyaAllah eka nak oder ngan akak nanti..memang menggiurkan..

hehe

Fazlinil Irma said...

boleh eka.. nanti order akak bg diskaun. sbb ekak jd komentar pertama entry ni.. :)

asyifamustaffa said...

baik nya promote tu...
moga + maju la ye sis....:)

Eliss said...

kalau saya ada di KL hujung minggu ni, saya ingin menempah, free ker tak?nanti sy confirm balik. mak yong terliur :p

Fazlinil Irma said...

Asyifa Mustaffa..
terima kasih.. sama jg dgn awak, moga berjaya dgn apa sj yg dilakukan.
especially... buat red velvet..! hee.

Eliss Mie..
boleh.. bgtau awal. sy simpan satu slot order utk awak. :))

Puan Eka said...

waaa...dapat diskaun..hehehe

boleh kot eka pick up area wangsa maju?

no handphone akak,eka dah save awal2..hehe

Fazlinil Irma said...

Eka.. Wangsa maju dah dekat dgn rumah akak. kalau eka naik keta, mai dtg pv12 danau kota. 5 min dr wangsa maju.

apa2 hal roger ya nanti.

AJ said...

yup..serius sedap..nasib baik adik sempat simpan bahagian dia utk ditapau bawa balik ke putrajaya...

ehh, nak join juga an offer that u can't refuse..hik3...

Joel Leslie said...

kalau tinggal kat miri, sarawak... blh tak disponsor sekali? hikhik.

joel-leslie.blogspot.com

Mama Zharfan said...

siyes terbaekkk :)

Sharinginfoz said...

hmmmm, kalau dapat diskaun untuk red velvet sedap juga ni sempena birthday anak, he he he

Unknown said...

tringin nak mkn pavlova..rmai yg ckp sedap..nak jgk, leh? hehe..

Unknown said...

Serius memang jeles.. sebab diorang dapat makan pavlova yg sedap nih...hehehe :)

rayyan haries said...

terus lapar!adoiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii.... I want it! :D

asfiedaimpiana said...

mmg menggiurkan irma.. btw irma beli markisa kat mana ye? selalu nak cari x pernah nyer jumpa...huhuhuu keep it up irma ;)

Mooniqueen said...

Bila tengok pavlova ni teringin pulak ..... Tapi tang manis tu yang takut tak tahan.... Boleh order ni... Yummm....

Unknown said...

akak pun sukakan palova kamu ni ..sedap

Pokok Manggis Depan Rumah said...

sedapnye kek ni.. nak rasa juga..