Ehm.. Hari ni terlebih rajin la pulak. Masak nasi minyak untuk dinch ( dinner+ lunch ). Start masak dari pukul 3.30 sampai dekat pukul 6 baru siap. Huhu. Lama kan. Baru tau punyalah payah nak masak. Dulu masa kat rumah tengok je mak masak. Saya setakat tolong buat acar timun ja. Hehehe. Yang lain semua mak yang buat. Saya reti makan je.
Sekarang bila dah jadi tukang masak. Semua kena buat sendiri. Nasib resepi di hujung jari. Cari je kat blog-blog masakan. Kalau rajin, salin kalau tak rajin. Mula la jadi macam ni.
Tahu dek mak saya ni. Mahunya MALU. Err. Ye ke mak. Atau mak tumpang bangga. Anak mak terlebih pandai. Hahaha. Takkan nak masak setiap hari nak tanya mak. Pengsan la kak ct nak bayar bil. Jadi kita kena la jadi bibik yang bermaklumat. Eceehhh.. Angkut bakul sendiri. Ni sebenarnya kes dah last minit dan malas nak salin resepi. Senang kerja. Bawak je laptop masuk dapur.
Ok. Mari saya kongsikan resepi dari blog Dapur Tanpa Sempadan ni. Sesiapa yang biasa tengok resepi dari Mat Gebu ni kalau malas jugak nak masak. Hai, tak tahulah. Bak kata Nabil. Korang pikir la sendiri. Saya ni hari-hari berangan nak cuba resepi dia. Mana yang sempat saya buat. Yang tak sempat bukan sebab takde masa. PENYEGAN. HAHAHA. Lagipun saya kena berhati-hati bila memasak. Kalau masak syok sendiri. Alamatnya CADDY FOOD WASTE la akhirnya.
Ok. Mari kita jamu mata.
Haaa.. Inilah hasilnya selepas saya bertungkus lumus selama dua jam setengah di dapur. Maaf dah petang. Malas nak keluarkan pinggan chantek. Sekadar pinggan besa-besa je. Hehe. Yang penting RASA. Err. Saya tak boleh layan nasi minyak banyak-banyak. Saya cepat muak.
RESEPI NASI MINYAK & THE KENGKAWAN-
BAHAN-BAHANNYA
500 g beras basmathi, rendam 20 minit dan toskan
2 camca besar minyak sapi
1 pokok daun ketumbar, kerat kasar2
1 biji bawang besar, hiris halus
2 inci halia, dititik
3 ulas bawang putih, dititik
3 helai daun pandan, disimpul
700 ml stok ayam (kalau tak de, guna 700 ml air + 1 kiub ayam "maggi")
300 ml susu cair
Garam secukup rasa
1 batang kayu manis*
1 kuntum bunga lawang*
3 biji buah pelaga*
5 kuntum bunga cengkih*(*rempah tumis)
1/2 cawan kismis
BAHAN HIAS
Hirisan daun sup/daun bawang
Bawang goreng
Kacang pis
Kacang gajus yang digoreng
CARA MEMBUATNYA
- Panaskan minyak sapi dalam kuali, masukkan rempah tumis, bawang besar, halia, bawang putih dan daun pandan, tumis hingga harum, masukkan beras dan goreng sekejap. Matikan api. Tuang beras tadi dalam periuk nasi elektrik.
- Tambah susu cair, daun ketumbar dan juga stok ayam. Masukkan garam secukup rasa dan masak seperti biasa. Bila nasi kering, tabur kismis dan biar betul2 tanak. Gemburkan nasi menggunakan chop stick (cukup sekadar 3 - 4 kali gembur, kalau banyak kali nanti nasi patah2).
- Hias dengan bahan2 tabur dan hidangkan bersama juadah2 lain seperti di bawah.
Ok. Hasil masakan saya. Seperti yang saya selalu cakap. Saya SUKA MENDERHAKA. Tak pernah insaf. HaHaHa.
1- Saya tak guna daun ketumbar sebab takde kat rumah.
2- Saya tak guna kacang pis dan gajus. Sebab anak-anak tak makan. Tu pun nak bagi chantek saya tabur daun bawang dengan bawang goreng. Hehe.
3- Saya letak pewarna kuning. Ambik berkat Raja Sehari. Kah kah Kah. Err, pengantin kan sinonim dengan warna kuning. Ewaahh.Pandai-pandai jerk.
AYAM MASAK MERAH-2- Saya tak guna kacang pis dan gajus. Sebab anak-anak tak makan. Tu pun nak bagi chantek saya tabur daun bawang dengan bawang goreng. Hehe.
3- Saya letak pewarna kuning. Ambik berkat Raja Sehari. Kah kah Kah. Err, pengantin kan sinonim dengan warna kuning. Ewaahh.Pandai-pandai jerk.
BAHAN-BAHANNYA
800 g ayam, potong ikut sederhana besar*
1 1/2 camca teh serbuk kunyit*
1 camca teh garam*(*digaul rata dan perap 20 minit)
1 genggam kacang gajus, goreng garing dan toskan
1/2 cawan susu cair
1/2 cawan tomato puree
2 camca besar tomato sos
2 camca besar cili kisar
Garam dan gula secukup rasa
2 biji bawang besar*
4 ulas bawang putih*
1/4 cawan kismis*
1 inci halia*(*dikisar halus)
2 cawan air Kacang pis, untuk hiasan
CARA MEMBUATNYA
- Ayam digoreng, tapi jangan sampai garing, angkat dan toskan. Tinggalkan kurang lebih 3/4 cawan minyak. Tumis bahan kisar hingga harum, masukkan cili dan tumis hingga terbit minyak. Masukkan tomato puree dan tomato sos, kacau rata dan masak sekejap.
- Tuang air dan juga susu. Bila mendidih,masukkan ayam tadi, masukkan sedikit gula dan garam. Masak dengan api perlahan sehingga kuah pekat dan pecah minyak.
- Tambah gajus goreng, kacau rata dan rasa. Jika ok boleh matikan api. Alih ke dalam bekas sesuai dan tabur kacang pis sebelum menghidang, jika suka.
BAHAN-BAHANNYA
500 g tetelan
3 biji kentang, kupas, belah 8 setiap biji, rendam
1 biji terung bulat, kupas dan dadu besar2
10 tangkai kacang panjang, kerat2 sepanjang 2 inci
2 bijj tomato, dibelah 4 setiap biji
1 batang lobak merah, kupas dan potong berbaji
1 cawan kacang dhal, cuci dan rebus hingga empuk, asingkan air rebusannya
2 biji cili hijau, belah 2 setiap biji
2 biji cili merah, belah 2 setiap biji
1 keping asam gelugor
300 ml pati santan
1000 ml santan cair
4 camca besar rempah kari daging
Garam dan sedikit gula
2 biji bawang besar*
4 ulas bawang putih*
1 inci halia tua*
1/2 inci lengkuas*
5 biji cili merah*
1 inci kunyit hidup*(*dikisar halus)
1 batang kayu manis#
1 kuntum bunga lawang#
3 biji buah pelaga#
5 kuntum bunga cengkih#
4 biji bawang merah, hiris halus#
2 biji bawang putih, hiris halus#
3 tangkai daun kari#(#bahan2 tumis)
CARA MEMBUATNYA
- Tetelan dipotong (jika besar), cuci dan toskan. Bancuh rempah kari bersama bahan2 kisar halus hingga rata. Ketepikan.
- Panaskan minyak dalam periuk, tumis bahan2 tumis hingga harum dan keperangan. Masukkan rempah tadi dan tumis hingga pecah wangi dan pecah minyak, gunakan api sederhana. Masukkan tetelan dan gaul rata.
- Tuang santan cair dan air rebusan kacang dhal. Renih hingga tetelan empuk. Masukkan kentang dan lobak merah, bila empuk masukkan asam gelugor dan sayur2ran kecuali tomato. Tambah garam dan sedikit gula.
- Bila mendidih, masukkan kacang dhal dan pati santan. Kacau rata dan biar mendidih perlahan sambil dikacau sekali sekala, akhir sekali baru masukkan tomato tadi. Rasa dan jika ok boleh matikan api.
Anak murid yang derhaka -
1- Saya tak letak terung sebab TAKDE.
2- Saya takde cili hijau. So no warna hijau dalam dalca saya.
3- Oh yang paling penting. Saya gantikan daging tetel dengan pedal ayam. Hahaha.
ACAR MENTAH
1- Saya tak letak terung sebab TAKDE.
2- Saya takde cili hijau. So no warna hijau dalam dalca saya.
3- Oh yang paling penting. Saya gantikan daging tetel dengan pedal ayam. Hahaha.
ACAR MENTAH
BAHAN-BAHANNYA
1 biji nenas masak dikupas bersih dan hirirs kecil
1 biji timun, dihiris nipis2
1 biji bawang besar, hiris halus2
2 biji cili merah, hiris halus
1 1/2 camca besar cuka makan
3/4 camca besar gula
Garam secukup rasa
CARA MEMBUATNYA
- Satukan bahan2 di atas kecuali garam, dalam satu bekas, gaul rata dan tambah garam secukup rasa. Dinginkan dalam peti sejuk 15 - 20 minit, untuk bahan2 bergaul mesra.
- Hidangkan bersama nasi minyak atau apa2 jenis nasi sekali pun....Sungguh menyegarkan!!..
Anak murid yang derhaka-
1- Saya MALAS nak ambil cuka kat stor. Saya ganti dengan lemon saja. Hehehe.
AYAM GORENG -
1- Saya MALAS nak ambil cuka kat stor. Saya ganti dengan lemon saja. Hehehe.
AYAM GORENG -
Ok. Selesai. Kalau rajin cubalah.
Elehh, korang tak heran la kan. Cuti sekolah berlambak kenduri kawen. Dapat FREE lagi makan.
Wassalam.
Saya Sayang Kamu.
Elehh, korang tak heran la kan. Cuti sekolah berlambak kenduri kawen. Dapat FREE lagi makan.
Wassalam.
Saya Sayang Kamu.
1 comment:
Salam kak irma..
Alaaa..
kenapaaa lah sy lamabt sangat jmpa blog kak irma.
hihi..
dengan semangat beli brg2 car-boot. sy pun jadi "wOw! murahnyee biar btol" sorng depan laptop.
pastu tngok pulak resipi2 yg lazat itu..
semangat sy nak belajar masak. ye lah dulu x brapa nk rajen.
skrng bkobar2 nak plan ngan adik2 kecik kat rumah tu masak bile cuti sem.. hihi..
apa pun kak irma..
keep the this good blog ya.
thanks!
:)
Post a Comment