Friday, June 26, 2009

Poskad Dari London Untuk ANDA..!

Assalamualaikum wbt

Entry ini adalah kesinambungan dari entry "Poskad London Bukan Untuk Dijual". Alaaa.. Tak yah pergi jauh. Bawah ni saja. Ehm.. idea ini ting tong selepas melihat ramainya SILENT READER yang masuk ke blog ini. Semalam saya catatkan jumlah terakhir sebelum tidur. Angkanya ialah 3223 orang. Malam tadi bila saya periksa semula sudah mencecah ke angka 3378 orang. Kira-kira 155 orang yang masuk. Errk, tak tau la kalau korang silap rumah kan. Itu dimaafin ya dong...! TERIMA KASIH saya ucapkan. Esok hari datang lagi. Yang tak bestnya korang ni senyap. Eceeehhh, macam la saya ni kalau pergi blog orang riuh sekampung. Oh, itu malu namanya. Hahaha.

Memang ada dua, tiga, empat blog yang saya rajin tinggalkan komen. Dan saya tahu ramai di antara silent reader saya datang dari komen-komen yang saya letakkan di sana. Kui. Kui. Kui. Yelah, yang p komen kat blogger fames sapa suruh. Hehehe. Eh, jangan kecil hati. Blogger lain saya segan nak komen. Saya baca saja. Hihi.

Ok. Terus kepada isi penting. Memandangkan anda sebagai silent reader saya. Yang memang semestinya saya takkan tahu siapa anda. Mai. Mai saya nak kongsi dengan anda.

Tadaaaaaa... daa... daaaaa....

10 keping poskad untuk dikongsi bersama. Baikkan saya. Ceehh, menyampah...!

Satu

Dua

Tiga

Empat

Lima

Enam

Tujuh

Lapan

Sembilan

Sepuluh


Betul ni. Tak ada main tipu-tipu loorrr. Saya dengan baik hatinya mahu berkongsi apa yang saya ada dengan korang semua. Eceeehh, mantap ye bibik ni.

Syarat-syaratnya senang sahaja :

1- Selesai sahaja membaca entry ini, sila tinggalkan link atau email ( bagi yang tiada blog ) untuk saya hubungi.

2- Sekiranya anda berminat, bolehlah menjadi follower saya. Ini bukan syarat wajib penyertaan. Tak jadi pun tak apa. Cumanya kalau lain kali ada hadiah, anda tidak terlepas peluang. Ngeh. Ngeh. Ngeh.


3- Selepas 10 pembaca pertama. Automatik poskad sudah habis. TETAPI. Anda masih lagi boleh tinggalkan komen. Sekadar ucapan hai atau salam pun cukuplah. Itu sudah cukup membuatkan bibik gembira. Tak mahu. Tak apa. Tidak mendatangkan apa-apa masalah pada bibik.

Dah. Itu saja syarat-syaratnya. Hehehe.


Tiada sebarang tipu muslihat atau unsur-unsur udang disebalik spaghetti tentang poskad yang mahu diberi. Sesiapa yang berminat silalah berbuat seperti syarat-syarat yang telah tertera di atas. Jika tidak, anda boleh terus menjadi SILENT READER saya. Ngeee..

Ok. Esok harap-harap bila buka blog sudah ada 10 pemilik poskad yang bertuah. Kalau tak malu den. Kalau lebih pun tak apa. Ada rezeki saya beri pada anda juga. Insyaallah. Lain kali pula ye.

Saya Sayang Kamu.

Wassalam.

14 comments:

Fazlinil Irma said...

Selamat Mencuba..
Ewaahh..bibik ni..
anda terkecuali la...hahaha..

susudalambotol said...

next year igt nak p London dalam bulan 6 tapi kawan yang nak ikut tu dia postponed pulak kawen bulan 6 :(

kalau kawan tak p, tak dapatlah join sebab kitaorg menempel ikut derang pergi honeymoon :D

Liz said...

saye bleh ke?
link dan email..seperti yg terdapat..

isya said...

dik bab.. nak gak poskad tu . kita dah jd gud follower ni.hihihi...

Fazlinil Irma said...

hidd- nak datang ye..bestnya..nanti boleh tgok baby..
takpa, tunggu la kawan tu..dtg ramai2 mmg best :D

liz..boleh..nanti sy hantar ye :D

kak-nana- u too..nanti sy hantar orait..

isya said...

thanks dak bab . me n kak diana dah tgk dah tiket ke sana. plannyer dlm bln dis ni tp dia ckp xleh la sbb duit dia dah kering p bandung ari tu. tgk la plan dlm bln 2next year la plak .tp poskad tu nak dunt 4get yek . hhiihihih..

Fazlinil Irma said...

waahhh..seronoknya nak dtg..ok, insyaallah..sy tunggu di sini..

semoga Allah murahkan rezeki saya utk bawa semua org jalan2 di uk..

ameeennn...

susudalambotol said...

kalau pergi ramai-ramai boleh save bajet kan? igt nak sumbat satu hotel ramai-ramai. pastu nak pusing-pusing sampai paris.

baby masa tu pun insyaAllah dah 7 months. oklah kot nak bawak jalan-jalan p negara omputeh. hehe.

berangan dulu takpe kot? :D

cik tukang karut said...

salam kak irma
mesti xknal sy..
kwn qilah..
mmg salah sorg silent reader blog akak..
blog akak best ^_~
rase happy je bila bace...
teruskan menulis sbb ramai yg membaca!
btw, salam kenal =)

isya said...

:D insyaallah.mga ALLAH bg rezekilebih nak p jejln.hihihi. kami ada surv ada satu travel agent .15days conquest of europe bout 549 ps.
Conquest of Europe
Day 1: London Amsterdam
Day 2: Amsterdam
Day 3: to Frankfurt
Day 4: to Fussen
Day 5: Innsbruck to Venice
Day 6: Venice
Day 7: to Rome
Day 8: Rome
Day 9: to Pisa
Day 10: to Swiss Alps
Day 11: Swiss Alps
Day 12: to Paris
Day 13: Paris
Day 14: Disneyland
Day 15: To London
549ps bpa RM yek?

Fazlinil Irma said...

hidd-yup..save n best..pastu dok je hotel bujet rendah..bukannya nak tido sgtkan..

ya, baby should be no problem..sini stroller pun boleh naik bas..mmg best..!

ya...berangan..moga2 jd kenyataan..hihii..

sumaiyyah-
wsalam ..terima kasih kerana sudi membaca..
ye ke..waahh, makin sakan la akak membebel nanti..hihii

kak nana-ehm..aceli kalau beranikan baik g sendiri..x yah guna travel agency..lg jimat bujet..kalau dgn travel ni dorg ambik untung..

skrg currency 5.6 kot..so kiralah ek :D

~Kekasih hati Bonda~ said...

nak jugakkk...nak jugakkk....

~Kekasih hati Bonda~ said...

nak jugakkk...
nak jugakkk...
hehe...

Unknown said...

(^_^)v
salam k.irma..i'm ur silent reader.hehe..for sure akak xknal.
sy x ingat cane leh smpai ke blog akak tp tertarik dgn makanan2 yg SUPER mengliurkan(erkk..camni ke ejanye?..haha?..continue nulih2 cte yg best2 ek..plus makanan2 td..hikhik..