Assalamualaikum wbt
Ada permintaan dari kawan-kawan minta saya masukkan resepi apa yang saya masak. Eceehh, macam chef la pulak. Jadi untuk mendapat pahala FREE. Marilah kita berkongsi resepi masakan yang saya cuba.
Bahan-bahan :
Bahan-bahan :
200gm tepung gandum
1 1/2 tsp baking powder
1/2 tsp soda bikabonat
1/2 tsp garam halus
120gm gula castor
200ml santan kelapa (dalam kotak)
100ml minyak jagung
2 biji telur
*1 tsp pandan paste (Boleh bubuh extra kalau nak lebih hijau)
*1/2 tsp pandan essence
Bahan topping ikut selera - Almond slices, kismis, ceri etc.
Nota :
*Sekiranya tiada pandan paste atau pandan essence, boleh blend 5-7 helai daun pandan bersama 200ml santan di atas dan tapis ya.
Cara-cara :
1. Panaskan oven pada suhu 190 darj cel. Sediakan loyang muffin dan paperliners.
2. Ayak tepung, baking powder, soda bikabonat dan garam halus. Masukkan ke dalam sebuah mangkuk besar. Campurkan gula halus dan kacau rata menggunakan whisker.
3. Campurkan ke semua bahan basah ke bahan kering. Kaup balikkan sekadar kesemua bahan bercampur. Adunan akan kelihatan seakan berketul2 sedikit (lumpy).
4. Isikan adunan ke dalam paperliners dan taburkan kepingan almond di atasnya.
5. Bakar selama 20minit.
Petua Masakan-
Kalau nak muffin naik membumbung macam ini dan teksturnya lembut, petua biasanya adalah jangan diputar adunan atau dikacau terlalu lama. Cukup sekadar bahan kering dan bercampur dengan bahan basah. Bila isi dalam paperliners, isi hampir penuh ya. Kalau isi 1/2 atau 3/4 penuh nanti tak membumbung.
Selamat mencuba..!
7 comments:
menariknya muffin ni!menggodala..nak tryla..
doakan saya berjaya ek!hihi
salam kak
saya dah try muffin pandan ni..
menjadi n sedap..
thank U for sharing : )
salam kak....senang sgt recipe ni..teringin nk try..nak tanya...sy malasnk keluar beli minyak jagung..so..klu ada minyak bunga matahari ke..boleh ke pakai ganti minyak jagung?
Salam sis.. Nk tny sis blh x buat kek hantaran kawin bentuk camera dslr
Mengancam betul muffin tu... ogyep pun suka baking gak... mehlah blog-walking umah kita
SALAM KENAL , DOK SIBUK SKODENG RESEPI MUFFIN TERTERJAH KESINI... NAMPAK SEDAP MUFFIN PANDAN NI.. LAGI DIMAKAN DENGAN AIR TEH
salam perkenalan...
cam best jer muffin ni..mmg tgh cari resepi muffin ni..nampaknya dah jumpa yang berkenan dihati.. menarik nampak gambar kat atas tu...thanks sharing..
jemput ke blog saya juga
http://happyhealthylifeshop.blogspot.com
Post a Comment