Friday, June 5, 2009

Teknik Jepun Shichida


Assalamualaikum wbt

Hari ni saya nak kongsikan sedikit maklumat berkaitan dengan pendidikan anak-anak yang mana kita boleh praktikkan kepada mereka sebagaimana kita sentiasa berhajatkan anak-anak menjadi yang terbaik bukan sahaja dalam sakhsiah tetapi juga dalam akademik. Kita mahukan mereka seimbang keduanya kan. Insyaallah, sama-samalah kita berusaha ya. Peruntukkan sedikit masa untuk melakukan aktiviti ini bersama pasangan anda. Moga-moga ianya berhasil dalam melahirkan anak yang soleh.

Errr, penulis bercakap seperti dia sudah mempunyai anak daaa... hehehe. Serius saja. Ehm, insyaallah. Moga Allah permudahkan urusan jodoh saya. Ameen. Doakan saya ya.

Ehm. Banyak maklumat yang saya dapat dari web berbahasa inggeris. Kebanyakan yang saya baca dari web berbahasa melayu hasil dari pengalaman seorang majikan yang menghantar anaknya ke kelas teknik shichida ini. Menurut sumber itu katanya, yuran untuk memasuki kelas ini sangatlah mahal. Lebih mahal dari mahu menghantar anak ke tadika Juanna atau satu semester di UITM. Dasyatkan pendidikan anak-anak zaman sekarang. Botak kepala mak ayah nak pastikan anak-anak berjaya.

Jadi, atas kesedaran majikan ini yang mana melihat ramai anak cina pergi mempelajari teknik ini berbanding melayu. Yelah. MAHAL. Dia pun menghantar anaknya ke kelas itu dan mengajarnya pula kepada pekerja-pekerjanya. Alhamdulillah.

Bagi saya penglibatan ibu bapa juga penting dalam memastikan anak-anak berjaya. Bukan hanya melimpahkan wang ringgit kepada pusat pendidikan yang ada dan hanya menunggu hasilnya sahaja. Ehm, bukankah itu yang berlaku di Malaysia.

Ok. Mari kita baca.

Teknik shichida diamalkan oleh masyarakat jepun untuk melatih anak-anak berfikir menggunakan otak sebelah kanan. Kita boleh nampakkan keberkesanannya. Tengoklah orang jepun macamana. Otak sebelah kanan sebenarnya lebih efektif jika dibandingkan sebelah kiri, tetapi perlu dilatih dan kerap merangsangkannya. Sebelum melakukan teknik ini ,tarik nafas sedalam-dalamnya dan relaks. Jangan lupa. Berdoa. Moga Allah permudahkan niat dan kerja kita ya.

1) Sewaktu anak dalam keadaan tidur-tidur ayam, bisikan di telinganya dengan jujur kata-kata positif seperti kita sayang padanya, anak yang soleh, kuat, rajin pergi sekolah dan bijak. Ini kerana ketika itu, otak kanak sedang berfungsi manakala otak kiri pula sedang tidur. Bagaimanapun anda perlu lakukannya dengan seikhlas hati, elakkan ketika sedang marah.Selepas anak mula pejamkan mata, ramas-ramaslah jari atau tangannya supaya dia kembali dalam keadaaan tidur-tidur ayam. Islam juga menggalakan ibubapa bercakap atau berdoa dengan anak ketika mereka sedang dalam proses hendak tidur, sebabnya pada ketika itulah antara waktu-waktu doa dimakbulkan.

2) Gunakan kad imbasan untuk mengajar anak. Contohnya ABC atau 123 dalam tempoh seminggu dan lihat kesannya. Pasti dia dapat menghafal huruf-huruf yang ditunjukkan. Tunjukkan kad itu satu-persatu dengan cepat. Ini kerana apabila kad itu bergerak laju, otak kanan bekerja keras untuk menangkap apa yang ditunjukkan.

3) Galakkan anak melakukan kraftangan. Ia adalah hasil daripada kerahan otak kanan, oleh itu ajaklah anak anda bermain tanah liat, mewarna, melukis, gunting kertas, origami dan sebagainya. Memanglah selepas itu terpaksa mengemas, tetapi banyak manfaatnya.

4) Satu lagi aktiviti menarik ialah melukis gambar, contohnya rama-rama. Anda hanya perlu melukis sebahgian sahaja dan surh anak anda menyudahkannya. Ini dapat mengaktifkan penggunaan otak kanan.


5) Usah marah-marah atau tengking anak dengan nada yang kuat, sebabnya mereka akan simpan semuanya dalam otak kiri. Andainya anda termarah anak anda, pujuklah dengan langkah pertama tadi. Jangan malu ucapkan perkataan maaf kepada anak anda.

6) Kembangkan imaginasi anak anda dengan sesi bercerita. Anda mulakan dengan sebuah kisah dan minta anak sambungkan cerita itu mengikut daya imaginasinya.

7) Bermain teka-teki bersama anak. Letakkan satu barang dalam kotak tisu dan suruh anak anda meneka apakah benda itu. Mulakan dengan memberi klu seperti warna atau bunyi. Ini adalah untuk mengaktifkan otak sebelah kanan. Bagaimanapun lakukannya sekitar setengah jam sehari, tak perlu terlalu lama.


8) Jika boleh elakkan menggunakan perkataan ‘jangan’ kepada anak-anak. Jikalau terlalu kerap menggunakan perkataan itu,itulah yang anak lakukan. Gantikan perkataan jangan dengan tolong atau mari kita lakukan bersama-sama supaya anak-anak lebih mudah menerima arahan kita.

Sebelum membuat latihan, anda haruslah menarik nafas dalam-dalam dan relaks… tidak boleh dilakukan semasa hendak memasak, membasuh kain, menonton dsb… tidak akan menjadi.. Perbuatan hendaklah dilakukan dengan ikhlas, serta merendah diri apabila mahir. Ini semua pemberian Allah Yang Maha Mengetahui. Sekiranya Dia mengizin anak kita menjadi pandai Alhamdulillah. Tetapi, kita kenalah berusaha, dan bersyukur jika usaha kita dah berhasil kerana bila-bila sahaja Dia boleh menarik balik pemberiannya.

Segala perkongsian pendapat sangat-sangat dialukan. Semoga maklumat ini dapat membantu ibu bapa untuk melihat anak-anak membesar bagai JUARA.


Wassalam.

Saya Sayang Kamu.


1 comment:

Unknown said...

Assalamualaikum.k.irma

i bru terjumpa blog u ni mel.kongsi resepi.tetiba jatuh cinta nk bace.sbb ade pengalaman di negeri org.kiter xdpt nk pegi kiter bacer je la.ttg post yg ni tq.nk share ye.