Sunday, November 21, 2010

The Best Macaroons In The World.

Assalamualaikum wbt.


Selamat pagi London.


Awal betul hari ni mengadap blog. Waktu macam ni sambung tidur memanglah seronok. Takpe, saya dah cukup tidur semalam. Pukul 9 malam saya dah tarik selimut. Jaga pagi tadi baru pukul 4.30.


Dah selesai solat Subuh, inilah kerjanya. Nak masuk dapur pun awal lagi. 


Ini adalah cerita masa saya ke Leicester bulan lepas. Hari Sabtu pagi saya keluar seorang diri jalan-jalan di bandar Leicester. Hajatnya nak cari fridge magnet dan key chain I Love Leicester. Dah jumpa patutnya baliklah kan.


Mana boleh. Matahari pun tak duk atas kepala lagi. Alang-alang dah terer jalan sendiri ( eceeh ). Saya pun melilau sekitar bandar Leicester. Keluar masuk kedai tanpa membeli apa-apa adalah seronok. Berjaya menahan nafsu dari tergoda. Lebih-lebih lagi kat The Works. Syukur. Kalau tidak ada yang nak tambah satu lagi beg.


Di tengah bandar Leicester ada dibuka banyak gerai-gerai kecil menjual pelbagai jenis makanan. Satu darinya ialah macaroon. Inilah yang sering membuat ramai orang yang tak tahu keliru. Termasuk saya.


Macaroon atau Macaron ialah dua makanan yang berbeza. Dua-dua sedap. Rugi betul beli sebiji. Dah habis sebiji, malas dah nak patah balik beli lagi. 


Bila saya rasa macaroon tu, dalam hati teringat kueh kat Malaysia. Kueh Dangai. Bahan utama yang digunakan ialah kelapa muda. Makan panas-panas memang sedap. Lagilah time sejuk kan. Lapar. Apa yang HALAL semua sedap. 





Ralit saya tengok lelaki tu senduk macaroon. Nampak mudah tapi kalau tak kena teknik mahu bersepah jugak la kalau dia bagi saya buat. 



10 comments:

Marsha~ said...

oh.. macaron tu pulak lain eh???

nieda said...

owh berbeza ya Macaroon dan Macaron. Ingatkan sama..hehe.

dulu husband saya penah study kt Leicester. Saja tunjuk blog ni kt dia, sengih aje dia.

nieda said...

dah tengok resepi kuih dangai. first time dgr nama kuih ni. mcm best je, nanti nk try lah. bhn2nya lebih kurang mcm putu piring itu yg nk cuba. sbb saya suka putu piring

Fazlinil Irma said...

macaron tu manisan yg ada mcm2 perisa. ada jugak org sebut macaroon.

sy pun kompius. hehe.

nieda.. beza. rasa pun lain.
dangai ni pun sy dah lama tak makan.

leicester best. mesti awk tahu mcamana nak sebut. :)

Unknown said...

dah la sedap, pakwe yg masak tu pun boleh tahan jugak ye? hehe....sambil beli cuci mata....

Anonymous said...

xfhm la irma..aritu ade terbaca juga dl blog awk..katanya macaroon dan macaron ni same je..tp mmg lain eh?tp kat laduree n pau tu macaroon jg kan?ntahla sy pun konpius!

Unknown said...

reply my email..psl nk order macaroon laduree..takut irma lupa

Fazlinil Irma said...

zana fahmi..

pakwe yg masak tu penambah perisa. haha.

anon.. nanti sy cerita lg detail ye.

ni..

ada dua org yg order macaron dgn sy. awk yg mana satu. na innas atau mai..?

Anonymous said...

macaroon ke macaron ke, kedua-duanya akak x pernah makan.... huhuhu

Anonymous said...

na innas;)

nnt reply ya..senang sy nk transfer $ ke acc irma