Alhamdulillah, selepas dua minggu tak dengar suara mak, hari ni awal pagi dah kena telefon. Kali ni mak di Mekah. Jadi agak sukar nak telefon tak tentu waktu. Bila dapat je massage dari akak, katanya mak suruh call sekarang. terus bangun tidur. Solat subuh dulu kemudian barulah dengan senang hati dapat sembang dengan mak.
Rupanya Mekah pun banjir. Tak taulah setakat mana banjirnya. Ada hikmahnya, sebab mak kata hari-hari sebelumnya panas. Jadi bila hujan turun, cuaca menjadi sejuk. Sampaikan mak kata, macam kat London lah pulak. Menggigil sejuk. Sian mak.
Jadi sembang punya sembang, ada terselit cerita tentang nak balik. Mak tanya nak balik bila. Saya pun tak tau nak kata bila. Tiket pun belum ada lagi. Harap-harap Allah permudahkan pencarian pengganti saya. Mak pun dah risau kalau saya tak balik. Bunyinya memang dah nak suruh balik sangat-sangat. Tak boleh tangguh.
Mak tanya, saya nak doa apa. 'Doa nak kawen?'. Aiseyy. malu ai bila mak tanya direct macam tu. akakaka. Nasib mak tak nampak muka. Nak kontrol malu, saya pun cakaplah. Doakan kebaikan dunia dan akhirat pun cukuplah. Kang doa kawen je. Yang lain tak setel pulak. Saya harap sangat apa yang saya rancangkan sekarang ni, Allah permudahkan bila balik nanti. Mak bagitahu, ada sorang kakak ni. Sanggup berhenti kerja bila tahu saya nak buka nursery. Teruja pulak saya.
Sembang punya sembang, saya pun sampaikanlah hajat kawan-kawan yang minta mak doakan mereka supaya dipermudahkan urusan belajar di sini. Mana yang sedang menulis mereka harap sangat dapat sudahkan menulis dalam tempoh yang ditetapkan. Yalah, kita tahu yang manis-manis sahaja bila melihat pada gambar. Sebaliknya. Kepayahan mereka berjuang dengan anak dan kehidupan seharian tak ramai yang tahu. Allah Maha Adil.
Tengah seronok bersembang. Tiba-tiba ada suara perempuan menyampuk. 'Kredit anda tidak mencukupi untuk meneruskan panggilan. Sila tambah nilai untuk meneruskan panggilan anda.' Cis, kacau daun betul.
Mahal betul panggilan ke Mekah berbanding ke Malaysia. Apa pun dah dapat cakap dengan mak. Syukur. Moga Allah beri kekuatan pada mak untuk beribadat dan menghadapi kerenah manusia di sana.
Macam-macam kerenah dan perangai yang mak jumpa. Bila mak bercerita. Insaf saya. Tapi, Allah memang kasihkan setiap hambanya. Diberi peluang untuk menjadi tetamuNya yang istimewa. Cuma kitalah, kena sediakan bekal (ilmu) yang secukupnya supaya bila sampai sana bukan setakat buat yang wajib. Perbanyakkan amalan sunat. Peluang Allah dah beri.
Empat puluh hari bukan sekejap. Beza dengan UK yang pergi ke sana dalam masa dua puluh hari tak silap. Untungkan orang Malaysia.
Saya Tabung Haji pun belum daftar. Errr... ntah tahun bila boleh pergi kalau lambat macam ni.
3 comments:
Salam kenal.
Semoga emak Irma selamat dan sihat di Mekah. Ibubapa memang sangat risau takut naknya tak kawin-kawin tu. mana-mana emak pun lebih kurang sama.
wsalam zezebel.
terima kasih. salam kenal jugak.
pheew.. kalau mak tanya takpe lagi. boleh main sengih-sengih ja. kalau saudara mara tanya. aduhai. tak tau nak jawab apa. ehehhhe.
moh kite gi sesama.saya pun tak daftar sbb belum sampai target yg boleh mendaftar. saya nak pakai org dalam je
Post a Comment