Assalamualaikum wbt.
Salam petang Ahad.
Menaip entry sambil ditemani oleh bunyi petir dan guruh. Hujan tak turun pun. Sedang seronok menaip mak menegur. " Ma, tutup lah TV. Berhenti menaip. Dah berdentum petir kat luar. Tak dengar ke."
Tup. Tutup TV. Tutup semua suis laptop dan UNIFI. Saya akur. Terbantut seketika semangat menulis.
Tak lama. Setengah jam kemudian saya ON kan balik semua. he he. Petir dan guruh dah tak kedengaran lagi di luar. Hujan tak jadi.
Buku ni saya beli di Pesta Buku Antarabangsa bulan lepas. Gerai pertama yang saya singgah di pesta buku. Gerai Galeri Ilmu. Lama saya di sini. Sempat disapa oleh promoter Galeri Ilmu. Nanti saya cerita dalam entry baru. Dalam banyak-banyak buku yang belek dan pilih untuk membeli, saya sangat tertarik dengan buku ni. Bila saya pandang gambar muka depan buku ni, ada sesuatu yang MENARIK PERHATIAN mata saya untuk terus membelek dan membaca komen di belakang buku ni.
Apa komen mereka :
Nampak tak? Boleh bacakan. Selain dari komen mereka, gambar Atiq Wazif bersama Kak Ro ketika sedang menjalani sesi rawatan menambah-nambah keinginan saya untuk mengetahui kisah hidup anak istimewa ini. Tanpa menunggu lama, saya masukkan buku ni dalam pelukan bersama buku-buku yang lain.
Lama. Sebulan selepas dibeli, Jumaat lepas saya bawa buku ni bersama ke Melaka. Bawa je dulu. baca tak tentu lagi bila. Sebabnya, bersama buku ni ada empat lagi buku lain yang belum saya sempat habiskan bacaan. Jadi, mereka akan bersaing sesama mereka sepanjang saya berada di Melaka. Siapa yang bertuah akan menjadi peneman saya tak kira di mana saja saya berada. Sambil makan pun sempat lagi membaca. Tu masa mood membaca tengah baik. Bila mood takde. Jangan kata baca, bawa pun tak nak.
Sabtu adalah harinya. Syarat untuk masuk ke dewan konvokesyen hanya dua orang. Biasalah. mana-mana konvo pun sama saja. Kata adik, dia akan bagi tiket kawan yang keluarga mereka tak dapat datang. Oklah. Saya pun tak berharap sangat nak masuk. Malas. 5 jam. Keras punggung lenguh kaki duduk tegak. Silap-silap tak sedar mata terpejam lena. Sejuk.
Pagi tu, adik tak dapat tiket dari kawan dia. Takpelah. Tak kisah. Dalam tak dapat tu, saya tetap beratur dengan mak dan makcik Faridah. Konon nak berdegil masuk je takde tiket. Masa dah sampai kat pintu dewan besar, pegawai yang jaga tak bagi saya masuk. Alamak, dia perasan daa..!
Takpalah. Saya bagi mak dengan makcik Faridah masuk berdua. Saya beralah. Yahoo..! Memang tak nak masuk pun.
Duduk luar kesian saya tengok. Masing-masing ada yang berdiri. Termasuklah saya. Duduk di tepi tangga. Berlegar-legar di perkarangan dewan besar. Lagi kesian kat makcik dan pakcik yang terpaksa berdiri kerana tak disediakan kerusi yang mencukupi. Sampai satu masa, seorang pakcik meluru ke arah kerusi yang saya duduk bila saya bangun berlalu pergi nak membeli air menghilangkan dahaga.
Air dah dapat. Kat mana nak minum sambil duduk membaca. Kerusi dah berganti tuan. Saya pun melilau dalam dewan besar. Nampak papan tanda surau dan tandas. Eh, automatik mula la terasa nak pergi tandas. Sedangkan air belum minum. Takpalah. Kita selesaikan tuntutan diri dulu. Selesai.
Keluar dari tandas, saya mula mencari di mana surau. Terkejut saya bila buka pintu tengok tak ramai yang ada di dalam. Satu, memang la best. Takla bising surau dek sembang-sembang. Kesian jugak pada yang berdiri di luar. Bukan sekejap.
Campur saya, ada 5 orang je dalam surau tu. Best. Tenang je. Tidur pun sedap. Ada aircond.
Masa ni la bermula. Lepas je menghabiskan novel Blues Retro. Saya terlelap sambil duduk dek kerana kebosanan. Sekejap saja.
Terjaga dari lena. Saya ambil buku Kembara Atiq Wazif Satu Anugerah. Saya renung lama muka hadapan buku. Mencari makna di sebalik dua wajah yang terpapar. Gambar seorang lelaki yang sedang duduk sambil memeluk anak lelaki yang tunduk merenung bumi. Barangkali.
Saya mula menyelak halaman buku. Sehelai demi sehelai. Tanpa sedikit pun meninggalkan setiap patah perkataan. Saya mula menghayati setiap detik dan cerita yang disampaikan oleh penulis. Tanpa sedar, setiap helaian muka surat mampu membuatkan air mata saya bergenang. Saya turut sama merasai suka dan duka keluarga ini dalam usaha untuk melihat Atiq Wazif membesar dalam ruang keupayaan dia sebagai anak istimewa.
Phuuhh. Puas hati sangat baca buku ni. Saya hanya berhenti bukan kerana bosan membaca. Berhenti hanya untuk menghilangkan lenguh akibat duduk diam yang panjang. Berhenti kerana menjadi juru gambar selepas konvokesyen adik. Berhenti makan. Berhenti beli Coconut Shake. Berhenti bila mata mengantuk kepenatan. Tidur. Saya selesai membaca buku ni pada hari yang sama. Tapi di tempat yang berlainan. Bermula di Melaka dan berakhir di Danau Kota.
Apa yang saya dapat selepas membaca Kembara Atiq Wazif Satu Anugerah.
Syukur. Alhamdulillah.Alhamdulillah. Alhamdulillah. Dilahirkan sebagai anak yang sihat tubuh badan. Sihat akal dan fikiran hingga dapat membesar sebagai anak yang solehah (insyaallah). Semakin menghargai nikmat yang Allah berikan pada saya dan berusaha untuk menjadi manusia yang sentiasa bersyukur.
Saya semakin sayang pada anak-anak istimewa. Insyaallah, satu hari nanti saya akan berjumpa dengan mereka. Dapat duduk sekejap pun jadilah.
Saya sarankan anda pun bacalah buku ini. Jom sama-sama merasai pengorbanan keluarga ini dalam usaha mereka membesarkan Atiq Wazif. Tak rugi malah anda akan rasa semakin beruntung kerana dilahirkan sebagai anak yang sempurna dan sihat tubuh badan.
Berapa bintang..?
5 * * * * *. Tak tipu. Memang best. Nak pinjam. Boleh. Datanglah rumah saya. :)
2 comments:
Assalamualaikum ma, ana dah beli buku ni, tak silap thn 2008..mmg sgt2 sedih dan menyentuh hati..2-3 hari lps ternampak buku ni dalam almari...dan baca lagi sekali...mmg best dan feel baca sama macam mula2 baca...
Fathiyah
Assalamualaikum kak irma
syerah kenal akak bila start buat red velvet tu.slamat berkenalan ye kak.ni pon bukak lagi blog akak sb syerah nak belek resepi red velvet..hahha..
akak..syerah dah baca habis buku nih.memula mcm taknak baca.sb sibuk nak pindah ke kuwait time tu.tp sy start baca time nak tido dah kul 11.30 malam.skali tak buleh stop!! best gila! pastu bila part kena kacau hantu syaitan semer tu..tetiba aku takot.kahkahkahkahkah..tapi mmg..citer ni mmg buatkan sy btul2 insaf.besyukur sgt2 dgn anugerah Allah.insaf sgt sebab selama ni takder la berat mana dugaan Allah bagi nak banding citer tu.
igtkan nak tinggalkan kat malaysia.disebabkan sy tesedu sedan baca citer tu..hubby plak ckp eh bwk le pegi kuwait nanti abg nak baca.haha..so skang buku tu ikut kiteorang pegi kuwait.maksodnya mmg best sgt la. :P
Post a Comment