Friday, May 6, 2011

Drama Bersiri Makbul Di TV2.

Assalamualaikum wbt.

Salam pagi Jumaat.


Suka saya mahu berkongsi satu lagu yang mempunyai lirik yang bagus untuk dihayati. Lagu ni menjadi lagu tema untuk drama Makbul yang sedang ditayangkan di saluran TV2 setiap Khamis jam 9.00 malam.

Makbul - Sebuah Cerita Tentang Doa.



FIRMAN ALLAH S.W.T SERTA SABDA NABI MUHAMMAD S.A.W

Allah S.W.T berfirman: 

"Berdoalah kamu kepadaKu nescaya Aku perkenankan doa permohonan kamu. Sesungguhnya orang-orang yang sombong takabur daripada beribadat dan berdoa kepadaKu, akan masuk neraka Jahanam dalam keadaan hina"- [Surah al-Mu'min: 60]


Rasulullah S.A.W bersabda : 

"Tidak seorang pun pendoa, melainkan ia berada di antara salah satu dari tiga kelompok ini: Kadangkala ia dipercepat sesuai dengan permintaannya, atau ditunda (pengabulannya) demi pahalanya, atau ia dihindarkan daripada keburukan yang menimpanya." [Hadis riwayat Imam Ahmad dan Al-Hakim}






Dah dengar lagu. Meh baca sinopsis cerita.




Drama Makbul mengisahkan kehidupan seorang kontraktor, Anuar yang kurang mempercayai keberkatan doa dalam kehidupan seorang Muslim. Anuar berpendapat setiap kejayaan yang dimilikinya adalah hasil daripada usaha gigih dan kebijaksanaannya.
Krisis ekonomi dunia telah menjejaskan syarikat miliknya. Pada masa yang sama syarikatnya mendapat tender kerajaan untuk membina sebuah kolej.
Syarikatnya berdepan dengan masalah untuk mendapatkan pembiayaan bank menyebabkan dia membuka pintu hati untuk menaja 12 orang kampungnya menunaikan umrah dengan tujuan untuk mendoakan beliau mendapat kelulusan pinjaman bank nanti.
Suatu hari, dia bertemu dengan salah seorang penduduk kampung bernama Bol yang teringin mengerjakan umrah. Dia merupakan pemuda kampung yang lurus bendul dan sering kali diperlekehkan oleh sesetengah masyarakat setempat di kampung berkenaan.
Akhirnya Bol diberi peluang menggantikan tempat Imam Rosdi (Fathil Dani) untuk menunaikan umrah walaupun pada mulanya Anuar menolak untuk menghantar pemuda itu kerana buta huruf.
Pelbagai peristiwa berlaku selepas jemaah pulang dari Tanah Suci yang membuatkan penduduk kampung beranggapan Anuar seorang ‘wali’.
Anuar berasa tertekan dan pelik dengan gelaran itu dan akhirnya bersembunyi di rumah Bol untuk mengelakkan daripada orang kampung yang selalu mendesaknya mendoakan apa yang mereka hajati.

Dapatkan info terkini di blog makbul-theseries.blogspot.com

Selamat menonton. Tadi saya dah terlepas satu episod. Leka duk sembang dengan makcik dari Cardiff. 

Jangan risau. Boleh tengok di website RTM. Cara. Meh la klik sini

Selamat menonton sekali lagi.. !! 

Amin.. Amin... Amin... 


2 comments:

m said...

thank... hehe... :D

m said...

thank... hehe :D