Friday, July 31, 2009

Pasta Meatball

Assalamualaikum wbt

Dah lama peram resepi pasta ni. Dari dibiarkan lebih lama. Baiklah saya keluarkan cepat-cepat. Resepi ni senang sahaja. Yang renyahnya nak membuat bebola daging tu. Hasilnya memang sedap sampai sendawa. Burrrppp..! hihii. Entry lepas saya dah keluarkan resepi bebola saja. Kali ni saya copy paste saja dari resepi kak rinn. Terima kasih kak. Memang sedap. Anak murid memang suka menderhaka dengan resepi cikgu.akaka.

Saya gantikan buah tomato dengan sos tomato dalam tin. Ini memang dasar bibik pemalas. Haha.

Resepi asal saya ambil dari sini.

MACARONI BEBOLA DAGING (hidangan untuk 7~8)

Bahan-Bahan

300gm macaroni, direbus dan ditoskan. Gaul dgn sedikit minyak zaitun or butter.

Bahan-Bahan
400gm daging lembu cincang
2 biji bawang besar, dicincang
3 ulas bawang putih, dicincang
1 biji telur
3/4 cwn serbuk roti
2 sudu besar susu segar
1 sudu besar mentega
1 sudu teh lada sulah
1 sudu teh garam
1 sudu teh parsley

* Campurkan kesemua bahan dan bentukkan menjadi bebola-bebola kecil. Goreng dengan sedikit mentega. Boleh juga dibakar dlm oven pada suhu 170 darj celsius selama 30min atau hingga masak.

Nota : Serbuk roti boleh dibuat sendiri dgn membakar roti keping hingga garing kemudian hancurkan.

Sos pasta
1 biji bawang besar, dicincang
5 ulas bawang putih, dicincang
3 biji buah tomato, didadu
2 sudu mkn gula merah
2 sudu teh serbuk lada hitam
1 kiub ayam
1 sudu besar sos tiram
3 sudu besar sos tomato
3 sudu besar sos cili
Sedikit air
1 sudu teh oregano-optional
150gm (any) keju-optional
Minyak zaitun untuk menumis

Mai makan semua..

Cara membuat sos
1. Tumiskan bawang besar dan bawang putih hingga layu. Masukkan lada hitam dan kacau seketika.
2. Masukkan buah tomato, sos, gula merah, garam dan kiub ayam.
Kacau dan tambahkan air. Biarkan mendidih. Apabila masak, perlahankan api.
3. Jika suka boleh masukkan keju dan oregano. Kacau hingga sebati.
4. Masukkan bebola daging. Kacau hingga rata. Boleh curah atas macaroni yg telah siap direbus tadi.

Selamat Mencuba.

Wallaaahh... slurrrpp...!

1 comment:

Unknown said...

salam..
akak..cemane nk bakar roti keping to?
masok dlm toaster je ke?