Sunday, July 19, 2009

Public Phone Dengan Budak Asrama

Public Phone London

Assalamualaikum wbt

Telefon awam dan syiling dua benda yang saling memerlukan antara satu sama lain. Saling lengkap melengkapi. Kalau tiada syiling maka tak berfungsilah telefon awam. Ring-ring kad kamu duduk diam-diam. Saya tak nak cerita pasal kamu. Haha.

Teringat zaman belajar dulu. Saya mula berjauhan dari keluarga sejak umur 12 tahun lagi. Sob. Sob. Dulukan masuk sekolah hujung tahun. Jadi kira 12 lah eh. Sampai sekarang masih berjauhan dengan keluarga. Dah 15 tahun saya merantau merata tempat. Belajar dan bekerja. Seronok. Ehm, kebetulan pula dekat kaki saya memang ada dua tahi lalat yang bukannya kecil. Memang nampak sahih. Haha. Tu bukan tanda kaki jalan. Memang kaki jalan pun. Panjang je langkahnya. Keh Keh Keh. Kang ada pulak yang kata, kaki saya ada tahi lalat. Tak jalan pun. Habis tu yang kamu pergi ke mana-mana guna kaki bukan berjalan ke nama tu. Hisshh, loyar buruk betul. Ni nak cerita pasal tahi lalat ke telefon.

Kalau dekat asrama memang biasalah kan penggunaan public phone memang sangat-sangat la berleluasa. Dah la satu je telefon untuk kegunaan dua ratus orang pelajar perempuan. Bayangkan la kan betapa berderetnya manusia nak menunggu. Tak payah ramai. Lima orang menunggu pun dah jenuh sabar. Tu tak masuk yang telefon sambil menangis. Ops, tu cerita kemudian. Ini bab menunggu. Biasanya waktu yang paling ramai orang guna public ni lepas maghrib dalam pukul lapan malam. Masa tu public phone sekolah bawah surau. Itu untuk penggunaan pelajar perempuan. Pelajar lelaki punya asing. Jadi memang lepas solat je ada la dua tiga orang yang tak sabar tak termasuk saya. Haha. Saya pemerhati saja.

Biasanya yang tak sabar ni adik-adik tingkatan satu. Tu pasal saya kata saya ni pemerhati saja sebab saya dah tingkatan lima. Dah besar la katakan. Haha. Bagi la peluang dekat adik-adik yang baru belajar berjauhan. Lagipun masa antara Maghrib dengan Isya sekejap sangat. Tak ramai pun yang boleh guna. Jadi sebagai senior sekolah yang 'baik' saya guna telefon masa orang takde. Haha. Nanti saya cerita.

Masa ni lah nak tengok adegan airmata mengalir sambil teresak-esak menelefon keluarga. Saya? Mana macho tayang menangis depan orang ramai. Kah kah Kah. Jangan percaya. Sama je yang menulis ni dengan adik-adik tu. Yang syoknya tengok kawan-kawan yang berlagak ayu. Ada seorang kawan saya ni, memang saya kenal dia sebagai seorang yang kuat semangat. Sekali tu saya terserempak dia tengah bercakap telefon sambil teresak-esak menangis. Masa tu takde siapa kat public sebab orang tengah solat. Hehe. Dia perasan yang saya lalu terus berpaling mengadap dinding. Alamak, kantoi la kawan. Saya apa lagi sengeh la memanjang bila pandang muka dia. Nakal saya ni, suka sakat orang dulu. Eh, sampai sekarang pun ya jugak. Hehe.

Ada tu pernah banyak kali. Bukan sekali je. Bila ustaz nampak pelajar perempuan tengah tunggu giliran nak guna phone dia boleh suruh kami ni naik atas surau mengaji. Ya Allah, punyalah geram dengan ustaz tu. Ish, nak marah pun ustaz. Kang tak pasal-pasal ada rekod buruk dengan cikgu. Huhu. Sabar je. Dalam hati ni memang marah ni. Takpe, kami semua pun naiklah atas surau konon nak mengaji. Lepas 10 minit berlalu, agak-agak ustaz dah takde. Hai, takkan ustaz nak tercongok depan public. Saja la kan. Saya pun jenguk la dari balik pintu. Tengok ustaz takde, apa lagi guna la balik telefon. Haha. Masa tu adik-adik pun mula la pakat turun ramai-ramai sebab dah tengok senior otai dia ni takde. Maknanya line clear la. Ngeh Ngeh Ngeh.

Sekolah kami nama je ada lelaki. Tapi semua aktiviti asing. Memang takde chance nak jumpa langsung. Semuanya usyar dari jauh je. Tu pun ada yang bercouple. Nak jadi cerita, public phone budak lelaki kat atas bukit tu pun menjadi mangsa pelajar perempuan yang berani macam saya guna. Bila tengok line clear, saya dengan kawan-kawan yang desperate nak telefon mak ni memberanikan diri naik atas guna. Malu tu dah tak tau tertinggal tang mana. Yang tau malam tu memang kena call mak. Dapat je pegang ganggang terus call tanpa membuang masa. Selepas misi selesai, mula la tiga empat orang pelajar lelaki datang nak guna. Masa tu dengar dah mulut dorang bising-bising tengok kami guna. Lantaklah. Lepas kawan saya selesai, kami pun dengan slumbernya jalan balik ke surau sementara tunggu masa nak prep. Huh, malu tu tiba-tiba datang balik on the way berjalan. Malu. malu.

Cerita pasal couple ni, public phone lelaki boleh call masuk public phone perempuan. Jadi ada la couple yang memang lebih berani dari saya bergayut bercinta monyet. Ala bukannya cakap lama pun. Ntah apa depa sembang. Kot nak dengar suara je. Haha. Macamana saya tahu? Bangunan kelas kami mengadap bangunan surau. Makanya pada suatu hari sedang saya berjalan di koridor kelas, saya perasan public phone lelaki dengan perempuan sedang digunakan oleh pasangan couple ni. Huhu. Dasyat betul depa ni. Tapi takpa. Cinta monyet kan. Nak halang pun bukannya depa makan saman. Sampai kantoi dengan guru disiplin pun tak takut lagi.

Naik tingkatan empat, kami dah ada bangunan asrama sendiri. Tak lama kemudian, telefon dipasang. Satu je depa pasang. Yang tu pulak direbutkan oleh kami yang ramai ni. Huhu. Dah la masa penggunaan terhad. Sabar aje.

Kalau nak cerita semua memang tak habis. Ni nak sambung cerita public phone masa di KUSZA pulak. Ni lah jadinya kalau duduk berjauhan dengan keluarga. Public phone memang penyambung rindu dan kewangan. Lagi pulak, saya memang tiada handphone masa belajar. Dah kerja kumpul duit tiap bulan baru dapat beli.

Masa kat KUSZA lagi dasyat. Ni memang siap kena maki dengan saya. Errk, dalam hati je. Geram betul. Meh nak cerita.

Public phone kat KUSZA banyak dan merata-rata ada. Boleh kata setiap blok asrama ada lima tiang telefon dipasang TELEKOM. Terima kasih TELEKOM. Tapi disebabkan manusia yang bernama perempuan terlampau cerdik daripada saya telah menyalahgunakan hak awam. Langsung semua tak boleh guna. Geram weei. Nak tunggu TELEKOM perbaiki pun ambil masa sehari dua jugak. Dorang pun geram dengan perempuan-perempuan yang terlebih kurang diajar ni. Bukannya datang nak kutip duit penuh tapi datang nak perbaiki telefon yang rosak.

Kalau rosak betul tak apa. Ini kerja manusia yang cerdik, tak tahulah apa taktik yang dorang guna. Lepas je dorang pakai, telefon tu akan rosak. Mula-mula dulu saya hairan jugak. Lama-lama ada kawan bagitau dengan duit sekupang tu depa boleh bergayut tiga empat jam. Errk, takde la lama sampai macam tu. Saja je saya buat ayat gempak. Kalau lama macam tu, mulut saya yang takde insurans ni akan slumber je sound. "Cabut la wei, telefon tu letak dalam bilik". Haha.

Pernah dalam saya dok tunggu giliran nak telefon mak. Ada minah kerek ni guna telefon bergayut punyalah lama. Saya sempat sound kat dia. "Weii, cepat la sikit. Orang lain nak guna jugak". Lepas tu telefon rosak. Slumber je dia blah dengan muka tak tahu malu. Kalau saya ada kekuatan nak je tendang biar jatuh tersungkur. Eiiishhh. Memang geram betul dengan manusia macam ni. Lagi buat saya tambah hangin. Satu tu jelah telefon yang last boleh guna. Yang empat lagi semua dah rosak sebab benda yang sama. Arrrghhh...! Sabar je..

Terpaksalah saya menapak ke blok lain cari public phone yang boleh guna. Kalau kena time hari public rosak seluruh block. Memang terpaksalah bersabar esok hari nak guna public kat block sekolah.

Haaa.. Cerita pasal public kat sekolah ni best. Bukan best biasa-biasa je. Sangat best. Tak tahulah sebab dan macamana. Saya malas nak ambil port. Asal boleh menjimatkan duit syiling saya sekupang dua ok la kan. Hehe. Public ni memang best tapi tak ramai orang guna sebab kedudukan dia yang tak strategik untuk bergayut lama. Kalau malam memang sunyi dan gelap. Jadi sesiapa yang bergayut tu memang muka tak malu. Hoho. Telefon ni saya masukkan sekupang tahan sampai tiga minit banding dengan public lain yang sekupang seminit je. Kan saya kata, bukan jimat banyak mana pun. Lagi la saya telefon KL. Memang kerjanya menelan duit syiling saya macam orang yang dahaga di tengah padang pasir je. Huh.

Jadi, bila sekupang tiga minit boleh la cakap lama dengan mak. Takde la sambil cakap sambil dok kalut nak masukkan duit. Tu tak kira bila signal berkelip-kelip minta duit tapi tak nak terima. Hangin jugak tu.

Ehm, cerita public phone dengan saya memang banyak. Dari zaman guna syiling sampai saya guna RING RING CARD sebab dah malas nak melayan public yang rosak sentiasa. Bila guna card ni memang takde masalah langsung. Telefon rosak saya still lagi boleh guna. Nak lagi best tak payah beratur dengan perempuan-perempuan kerek yang tahunya menjahanamkan telefon je. Ada satu masa punyalah baik hati, saya bagi pinjam kat sorang student ni RRC saya. Kesian dia. Nak call rumah 2 kupang je pun tapi dah telefon semuanya rosak. Nasib kebetulan saya ada kat situ. Maka saya pinjamkan RRC saya dengan dia. Baikkan saya. Perasan..! Tarik hidung baru tau.

Satu lagi, sebelum saya tutup api menggoreng entry. Ni pun kes geram jugak. Elok-elok saya tunggu giliran sambil minum air soya mesin gedegang. Dah habis minah poyo tu guna telefon. Saya pun nak la ambil giliran guna telefon. Tiba-tiba datang kawan si minah poyo ni dengan slumbernya masukkan syiling dial nombor. Whoooaaaa..... marah dalam hati je. Siapa suruh kau tak tanya dulu tadi. Kan dah kena sekali. Penat tunggu giliran, sekali dia angkut geng nak guna sama. Waaarrhgh. Nangis dalam hati sambil hentak dinding. Mana ada. Saja je. Saya pelajar yang baik. Tidak pernah rosakkan harta sekolah. Hahaha. Pengajarannya, sebelum korang nak guna baik tanya dulu. Ada tak orang nak guna lepas ni. Kalau takde, selamat. Tunggulah sambil minum air soya gedegang. Kalau ada. Carilah public lain. Weeee...!

Ehm, sekarang orang tak pakai dah public phone. Handphone dah menggantikan fungsi sedia ada. Orang pun lebih suka bergayut dalam bilik sambil bergolek. Haha. Eh, kalau yang bergayut kat koridor bilik tu tak yah la galak nak berpusing-pusing. Kang tak pasal-pasal ada yang jatuh tingkat tiga. Tak sempat nikah.

Satu lagi, teringat kat seorang kawan. Dia tua dari saya, kak Farina nama dia. Hobi dia kumpul duit syiling 5 kupang. Bila saya tahu dia ada koleksi syiling 5 kupang yang sangat banyak. Mula la saya mengecek duit dia tiap minggu. Eh, takde la tiap minggu. Kebetulan kalau minggu tu duit syiling saya tak cukup nak call mak, saya pinjam kat dia. Syaratnya kena bagi balik syiling 5 kupang. hehe.

Saya pernah nampak mamat bawak Merc turun kereta pegang handphone guna public phone. La la laaaa...

Wassalam.


6 comments:

Ummi Shira (AshAnas) said...

wah, panjang tul story kak ema gn public phone ye... sibbaik ada adik shira sudi nak baca smpai abes... teringat sudah zaman sekolah, mmg boleh hangin je klu beratur lama nk guna public phone... dulu keje kumpul duit syiling je... skrg masing2 ade hp... kat london still ada public phone ke?

Fazlinil Irma said...

shira- byk sgt kenangan dgn public phone..tu yg panjang..hehe

kat sini ada public phone..unik..ada pintu lg..

ummu said...

Irma, entry nih mengingatkan kenangan zaman sekolah dulu.masa mula2 akak nak call family, kat asrama kita belum ada public phone lagi.jadi,guna phone bilik warden dan bilik pejabat.

bila dah ada public phone...bebas sikit nak cakap lama2 dgn parents.rindunya dgn parents Allah je yang tahu,public phone lah penawarnya.sampailah kat UIA pun berebut juga nak guna public phone...hu hu

Fazlinil Irma said...

kak asma- betul..kalau cerita dari zaman mula-mula dulu lagi bertambah panjang entry sy..hihii

kenangan betul kan.. sampai ada yg sanggup panjat bilik warden semata2 nak telefon..hohooo

Missy CSI said...

Asma ni budak matri jugak kah...batch sama intan sabitah ka

Fazlinil Irma said...

softie eross..

err, rasanya ayaan sabitah ada la.. hehee

kalau itu orgnya mmg betul..SPM 95 tak silap..